Sunday, March 21, 2010

Al-Khor_Malaysian: Photos: Family Day: Thumbnails

Al-Khor_Malaysian: Photos: Family Day: Thumbnails

Gambar ni diambil waktu family day untuk rakyat Malaysia yang tinggal kat Al-Khor je .....
kumpulan kami iaitu kumpulan hijau jadi naik juara...ini di tentukan dengan sepakan penalti kerana kumpulan kami seri dengan kumpulan merah,tugas menyepak bola tu diberikan pada ibu2..jadi disebabkan kumpulan aku ....hanya ada 2 orang ibu...yang mana sorang tu tengah sara...jadi kena lah aku yang menyepaknya...mujur lah masuk kesemuanya 3 3 gol tu....

Wednesday, March 17, 2010

Ambik lesen kereta

Aduish aduish..dah seminggu aku dok belajaq kete.......penat nya usah cakap lah.
Mahu tak penat ..sebab terpaksa bawak 40kilometer sejam..pas tu...banyak roundabout pulak tu.
tapi tak apa lah ..janji dapat lesen..kete....kalau tak der lesen ..payah lah pulak nak pi amik mardhiah,nazmi dan husna ..kalau dia orang ada kelas tambahan nanti.
yang benonya..kalau ada lesen..senang le aku nak merayap..kalau boring dok umah...

yang tukang ajar aku pulak orang india kerala....cakap pulak ...inggeris berbolok bolok..tak paham aku.Lah lah aku pulak yang kena terang kat dia dan dia akan jawab yes yes yes.Kalau gini berat arr tapi mujur jugak kita ni dah pandai bawak kete..kalau tidak hancussss.

Ada satu tempat tu jalan lurus.. aku terbawak lah sampai 80 kilo sejam..pas tu baru aku perasan yang aku bawak lebih dari had laju,dia dok sebelah..senyap je..pas tu aku cakap lah sory sebab bawak lebih had laju....mamat tukang ngajar tu boleh kata 'this okey'

aku kena bayar..untuk amik lesen ni dalam 1300 riyal untuk 12 hari sahaja.s.kalau amik 25 hari ..kos ia 2100 riyal,kalau amik 40 hari ....2400.kalau kat malaysia ..belajar satu jam sehari tapi kat sini 40 minit je.....

23 /03/2010 ni ..hari aku test kete ..doa doa kan aku lulus erk...ni ....dok berdebau je hati.....

Thursday, March 11, 2010

Family Day



Mardhiah main tarik tali..heee kalah kesian







Semua game yang dia orang masuk..semua nya tak dapat hadiah kalah seme,kah kah kah














Hanya aku je yang dapat hadiah baucer beli belah 50 riyal ....heheheh menang tarik tali,pas tu esok kan demam ...tak padan dapat 50 riyal..sakit abih badan badan










Tuesday, March 9, 2010

Sekitar gambar di Sand Dune

Orang Qatari ....beli sendiri motor tu untuk kegunaan dia orang


Memang seronok naik motor ni....mencabar abih ahhh.seronok memang seronok tapi yang tak seronok nya sewa mahal.....motor yang Kak dhe ngan Nazmi naik ni sewa seratus sebiji,yang Maardhiah pulak..80 riyal,yang aku and hubby naik ..sewanya 120 riyal .seme sewa 400riyal..tapi pas ngecek2 dapat kurang jadi 280 riyal..tapi masih mahal...sayang duit ahh aku.



Dia orang sibuk main..aku sibuk makannnn
































































Muka poyo sebab motor yang dia naik asyik rosak je...bayo mahal mahal tapi motor hampeh



Lah lah naik ngan abah dia......baru nampak senyum






Tahniah



Bergambar dengan bos paling besar di Rasgas


Anak Melayu pertama di Qatar yang menerima
sijil NVQ Level 3 daripada British Safety Council.
























kena buat ucapan plak.........


Monday, March 8, 2010

jom kongsi tengok gambar

Lihat..mereka ini...menunaikan solat tak kira dimana...tabik springggg untuk mereka.jadikan mereka ni contoh terbaik.ini ...kita kalau nak solat macam2 alasan diberi..payah lah ,tak ada tempat lah.nak seribu daya ..tak nak seribu dalih
Gambar ni aku amik masa Anwar pi Doha,dia dapat jemputan dari kerajaan Qatar untuk FORUM US-ISLAM .Dia bagi speech lagi tau.
jadi kami kat sini amik kesempatan jumpa dia, orang lain nampak muka aku nampak tangan je..huhuhuh






ekehleh mamat ni....ngada2 masuk dalam blog aku....hehehehe
saja je..dia nak tunjuk dia dapat sijil ...3 sijil tu sekali dapat
sebenar gambar gambar..dia yang masuk kan aku cuma edit je..sebab nak download..lambat sangat
tapi tak perlah. kasi dia peluang arr...hehehe


Tuesday, February 23, 2010

Cerita pasar malam

Hari jumaat lepas aku dan hubby gi pasar siang campur malam kat kedutaan Malaysia. Kenapa aku kata pasar siang campur malam sebab pasar tu bermula pukul 4pm masih terang dan separuh lagi dah gelap walaupun jam baru menunjukan pukul 5 lebih.
Pasar tu dianjurkan oleh kedutaan..dan yang berniaga seme rakyat Malaysia.Makanan pun makanan Malaysia..duit je duit qatar hahahah. So hari tu ramai ramai le rakyat Malaysia turun pasar malam siang..
Jadi kat situ..bukan je makanan dari malaysia je..orang pun bermacam ragam,melayu tak sedar diri pun ada..hhehehe berlagak mat salih lebih dari mat salih sendiri....entah lah melayu tak sedar diri ke atau melayu lupa diri....kakakaka.
Aku dan hubby beli apa?....sekadar beli sushi....itu pun sebab teringat kat Nazmi yang dok sebut2 nak makan sushi,kalau tak beli sushi....padan balik melenggang je..tak ada yang terliur pun........sebab ada yang cakap....rege mahal tapi hampeh...kebanyakan barang makanan seme rege 10 riyal keatas.nasik dagang 13 riyal ....charkuewtiau goreng hancusss lumat pun masih ada orang beli ..tak tahu lah aku rasanya macam mana..tak tergamak aku nak makan...hahahah
yang murah nya satay....rege dalam Qatar riyal 1,85 secucuk.......
aku ingat nak amik gambar ...kamera pulak tak ingat nak bawak.
Pokok kata saper2 yang datang ,bisnes kat sini.....untung uuuu
ialah kalau mee kuning pun sampai 12riyal sekilo pas tu masam pulak tak boleh makan..campak buang je...eeee baik aku buat sendiri lagi sodop,selamat dan bersih sudah tentu.......
lagi pun aku dah lama tak tunjuk kepakaran aku dalam masak memasak ni.......apa ingat kakak aku yang kedai no 4 tu je yang pandai masak..aku pun boley maaa
Baru ni aku buat tat telur...anak2 dan hubby suka sangat makan..dia orang puji sodop..aku lupa pulak nak amik gambo,aku sebenar suka ...kalau dapt bermain dengan pastri ni,seronok tau.duduk sini macam2 dah aku buat..laksam satay,kek,nasi ayam,nasik dagang ,nasik minyak yang rupanya macam nasi beriani hahahah...capati mee kuning....rasa nak makan je aku buat sendiri bukan susah sangat pun.....pas2 laksa johor,ni banyak lagi resepi aku aku nak cuna terutamanya yang berkaitan dengan gandum gandum ni.....suka sangat. klah..nanti sambung lagi.....kalau ada masa freeeeeee